BARU-BARU ini, tular rakaman suara di media sosial tentang individu bernama Mak Teh yang jelas sekali cuba menakut-nakutkan dan mempengaruhi orang ramai supaya menolak suntikan vaksin Covid-19. Dakwa Mak Teh dalam loghat orang Kedah yang kononnya dari Sungai Petani, vaksin tidak diuji di makmal dan ada kandungan racun sehingga menyebabkan 40 jururawat yang disuntik maut. Ini merupakan satu dakyah paling mengarut tatkala Kementerian Kesihatan dan barisan hadapan bertungkus lumus membantu…










