Kritikan Redzuan pada Wan Saiful tidak ‘kena’ tempat? - Utusan Malaysia

Kritikan Redzuan pada Wan Saiful tidak ‘kena’ tempat?

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGRANG,

Tindakan Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menempelak Datuk Wan Saiful Wan Jan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli parti.

Persoalan yang timbul, mengapa Mohd. Redzuan berbuat demikian? Mengapa dia beria-ia benar menempelak Wan Saiful yang merupakan Ketua Penerangan Bersatu?

Wujud juga pertikaian sama ada Mohd. Redzuan memahami tanggungjawab Wan Saiful sebagai Ketua Penerangan parti. Antara tugas penting Wan Saiful ialah menjaga kepentingan parti dan ahli-ahli serta memastikan mereka beroleh maklumat yang tepat selain mempertahankan parti daripada sebarang tindakan atau tohmahan orang luar.

Jika dilihat, Wan Saiful tidak pernah menempelak atau mengkritik mana-mana pemimpin dalam parti sebaliknya akan berjumpa dan berbincang jika timbul sebarang masalah dengan pihak atasan.

Saya syorkan Mohd. Redzuan duduk sejenak dengan tenang serta fikirkan tindakannya yang menempelak Wan Saiful dalam media massa. Selain itu beliau disaran untuk muhasabah diri.

Saya bagi pihak Biro Penerangan Bersatu memohon maaf jika kenyataan ini menyebabkan Mohd. Redzuan marah atau berkecil hati.

Namun, pandangan yang dizahirkan ini juga merupakan keluhan ahli-ahli parti yang sejak awal lagi bertali arus mempersoalkan tindakannya serta meminta saya menegur atau mengeluarkan kenyataan.

Harapan saya, Mohd. Redzuan perlu melihat kembali apa yang diperkatakan itu demi parti dan bukan untuk kepentingan atau populariti diri sendiri.

DATUK HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Setiausaha Biro Penerangan Bersatu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya