Saat dipeluk erat arwah ayah masih segar dalam ingatan saya. Ketika menghadapi kerumitan, pelukan dan kata-kata semangat daripada ayah memberikan saya kekuatan dan keyakinan untuk terus melangkah. Tarikh 26 Jun 2018 sangat bermakna dalam hidup saya. Itulah hari terakhir saya berpeluang bergurau-senda dan bermesra bersama ayah. Hari yang bermula ceria bertukar cemas apabila ayah tiba-tiba dikejarkan ke hospital selepas waktu Asar. Dua hari kemudian, ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Segala-galanya berlaku begitu pantas dan mengelirukan saya yang ketika itu berusia 15 tahun. Mujurlah saya teringat pesanan guru silat, Cikgu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya