DI kala umat Islam masih menikmati kehangatan Syawal dalam suasana pandemik Covid-19 yang kian meruncing, kedengaran suara-suara sumbang daripada segelintir pengamal undang-undang dan aktivis sosial yang menyeru supaya komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dalam negara diiktiraf sebagai satu entiti yang sah dan dibenarkan mengamal kegiatan luar tabii mereka. Peruntukan undang-undang sedia ada juga didakwa sering kali dikenakan pihak berautoriti bagi menindas dan menyasarkan golongan tersebut terhadap pelbagai…










