Undi 18: Kepentingan negara atau politik? - Utusan Malaysia

Undi 18: Kepentingan negara atau politik?

KELULUSAN menurunkan had undi ke 18 tahun perlu dilihat dari segala aspek agar tidak memberi kemudaratan kepada negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SURUHANJAYA Pilihan Raya beberapa kali didesak untuk mempercepatkan kelulusan bagi membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memandangkan persidangan Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada Julai 2019.

Namun demikian, ia masih menjadi persoalan dalam kalangan rakyat sama ada langkah menurunkan had umur pengundi adalah untuk kepentingan negara atau hanya politik semata-mata.

Terdapat pendapat mengatakan rakyat yang berumur 18 tahun tidak begitu matang untuk memilih pemimpin kerana dikhuatiri akan mengundi mengikut emosi berbanding menggunakan akal fikiran.

Jika perkara itu berlaku akan menyebabkan mereka memilih pemimpin yang tidak menepati keperluan sebenar negara. Natijahnya akan berlaku rusuhan sepanjang masa seperti mana berlaku di luar negara.

Oleh yang demikian, kerajaan dan SPR perlu meneliti perkara ini secara mendalam sebelum ia diluluskan. Diharapkan tindakan yang dibuat perlu berdasarkan kepentingan negara dan bukannya atas dasar kepentingan politik bagi satu-satu pihak tertentu.

Kita tidak mahu sampai nasi menjadi bubur kerana untuk mengubahnya kembali akan mengambil masa.

RAKYAT PRIHATIN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.