Politik identiti halang perpaduan nasional - Utusan Malaysia

Politik identiti halang perpaduan nasional

WACANA perpaduan Melayu tidak boleh terlepas daripada politik kepartian dan ia secara stereotaip dikaitkan dengan UMNO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PEGARANG,

PENYOKONG gagasan politik identiti sering kali mendakwa mereka yang memperkuatkan asas perpaduan nasional dengan mengutamakan perpaduan Melayu.

Memang munasabah untuk menganggap perpaduan Melayu sebagai bangsa teras negara tercinta merupakan prasyarat penting untuk perpaduan nasional. Namun, adalah wajar untuk ditegaskan bahawa perpaduan nasional boleh digadaikan dalam usaha merealisasikan agenda perpaduan Melayu.

Wacana perpaduan Melayu tidak boleh terlepas daripada politik kepartian dan ia secara stereotaip dikaitkan dengan UMNO sebagai parti Melayu terunggul kerana rekod prestasi sebagai pemerintah selama 60 tahun.

Oleh itu, politik identiti dalam bentuk agenda perpaduan Melayu-Islam (perpaduan ummah) cenderung dipolitikkan dan bersifat polemik.

Maknanya, dalam seruan untuk Melayu bersatu padu, para penyorak gagasan politik identiti pasti akan terjerumus ke dalam retorik mencerca mereka yang menekankan perpaduan nasional.

Lebih buruk lagi, secara umumnya pelaung politik identiti akan menghina minoriti tertentu sebagai pendatang dan tamak dengan tujuan menyemai benih syak wasangka dan persengketaan yang menjejaskan asas perpaduan nasional.

Kononnya, Melayu mudah diambil kesempatan kerana sikap lemah lembut mereka. Sekiranya Melayu terus bersikap akomodatif, mereka akan sentiasa dianggap lemah di kaca mata masyarakat minoriti dan akhirnya akan dipijak kepala.

Oleh itu, bagi memastikan tidak berlaku konflik antara gagasan politik identiti dan perpaduan nasional, maka ia perlu menghormati dan mematuhi batasan sedia ada dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan ideologi nasional.

JASON LOH SEONG WEI
Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya