SAUDARA PENGARANG,
MERUJUK kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Mohd. Yussof Lati dalam artikel bertajuk UMNO terkubur jika bersama PN pada 10 Mei lalu, saya dapati gabungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam menubuhkan kerajaan dilihat sesuatu yang sangat baik serta menepati kehendak Islam.
Seperti firman Allah SWT yang bermaksud “Hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah, jangan sekali kali kamu bercerai berai jika kamu inginkan berkat dan rahmat dari-Nya.”
Saya difahamkan, Bersatu tidak menolak UMNO, begitu juga Pas. Sebaliknya UMNO yang memilih untuk lari (daripada sebarang kerjasama).
Sekiranya ada perkara tidak puas hati, haruslah bersabar dan memuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
BAHARUDDIN SAMEK
Muar, Johor