LEBIH sedekad lalu ketika berkunjung ke Singapura, sama ada untuk bercuti atau menziarahi saudara-mara di sana, antara hobi paling saya suka ialah membeli akhbar di republik itu. Ini bukanlah kerana tidak puas membaca laman berita dalam talian dari negara itu, namun ada laporan bersifat eksklusif atau premium yang hanya disiarkan menerusi akhbar semata-mata. Saya sanggup bersusah-payah redah cari kedai runcit yang jual akhbar pada awal pagi. Ironinya, satu yang agak…










