Isu minyak: Abdul Hadi cuba semarakkan kebencian, kemarahan rakyat

Isu minyak: Abdul Hadi cuba semarakkan kebencian, kemarahan rakyat

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa cuba memberikan pandangan bahawa kenaikan harga minyak adalah hasil daripada kegagalan pengurusan kerajaan yang akhirnya menyemarakkan kebencian dan kemarahan rakyat.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan berkata, Selat Hormuz adalah laluan bagi 20 peratus minyak dunia namun 80 peratus lagi bergerak melalui jalan lain yang tiada sekatan.

Katanya, fakta itu menunjukkan kekeliruan oleh Abdul Hadi kerana harga minyak dunia naik mendadak walaupun sebahagian besar bahan mentah itu tidak melalui Selat Hormuz.

“⁠Kenapa harga minyak dunia naik dengan mendadak walaupun sebahagian besarnya tidak melalui Selat Hormuz? ⁠Ia secara jelas terkait dengan jumlah bekalan yang dihasilkan oleh negara pengeluar serta kos operasi yang meningkat.

“Media melaporkan penurunan 30 peratus pengeluaran minyak oleh negara Teluk memberikan kesan yang signifikan terhadap bekalan minyak dunia. Situasi ini sekali gus menaikkan harga minyak,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab kenyataan Abdul Hadi yang mempertikaikan kenaikan harga minyak di Malaysia walaupun negara ini tidak dikenakan sekatan oleh Iran untuk melalui Selat Hormuz dan merupakan sebuah negara pengeluar minyak.

Amidi berkata, ia jelas menunjukkan Abdul Hadi keliru dalam mengeluarkan logiknya dan cuba mengelirukan rakyat namun persoalannya adakah ia disengajakan atau dikeluarkan tanpa sedar.

“Kegagalan memahami dan menilai satu-satu situasi boleh menimbulkan kesan negatif. Dalam hal ini, Abdul Hadi cuba memberikan satu pandangan bahawa kenaikan harga minyak adalah hasil daripada kegagalan pengurusan kerajaan.

“Akhirnya bersemaraklah kebencian dan kemarahan yang boleh menggugat kestabilan politik negara yang mana akan menguntungkan politik sempit Pas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN