Hujah tolak insinerator ketinggalan zaman - Utusan Malaysia

Hujah tolak insinerator ketinggalan zaman

INSINERATOR di Jepun adalah bersifat mesra alam sehingga boleh dikunjungi oleh orang awam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA masa ini, tapak pembuangan sampah merupakan pilihan utama pengurusan sisa pepejal di Malaysia.

Tapak berkenaan menjadi sumber pencemaran di mana sisa buangan biodegradasi dan bukan biodegradasi mengeluarkan gas beracun seperti metana ke udara dalam proses penguraian yang memakan masa antara 100 hingga 500 tahun.

Di negara ini, pihak yang membantah insinerator masih berpegang kepada naratif ia mengeluarkan gas toksik melalui cerobong asap dan faktor kos pembinaan yang mahal.

Sebenarnya terdapat langkah-langkah pengawalan pencemaran yang sangat ketat di insinerator atau lebih dikenali dengan nama loji penjanaan tenaga daripada sisa pepejal (WTE).

Gas dalam serombong itu melalui pemendap elektrostatik untuk menghilangkan 99.7 peratus habuk. Ia kemudian melalui penapis beg katalitik di mana dioksin – bahan pencemar sangat toksik yang merupakan karsinogen kuat hasil daripada pembakaran bahan plastik diubah menjadi karbon dioksida dan air yang mematuhi piawaian negara maju seperti Switzerland dan Jerman.

Jika dikatakan mahal, bukankah seorang pencipta di Malaysia telah mencipta insinerator lebih kecil yang juga mesra alam?

Sekiranya faktor kos dijadikan alasan, maka Malaysia boleh mengikuti model di Jepun yang membina ratusan insinerator lebih kecil, di mana setiap wilayah dan perbandaran bertanggungjawab untuk melupuskan sisa pepejal sendiri.

JAMARI MOHTAR
Pengarah Media & Komunikasi
EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya