Banteras segera pengadil haram - Utusan Malaysia

Banteras segera pengadil haram

PENGADIL bola sepak veteran boleh membantu memberi tunjuk ajar serta motivasi kepada pengadil muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FENOMENA pengadil haram dilihat semakin ketara dalam bola sepak di Kedah. Semakin hari semakin membarah dalam sistem pengadilan yang dirancang oleh Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Sudah lebih 20 tahun perkara ini seolah-olah tidak dapat diselesaikan walaupun pelbagai pendekatan telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil KFA.

Pengadil-pengadil haram ini ialah individu yang tidak berdaftar dengan Lembaga Pengadil KFA dan juga gagal dalam ujian kecergasan tahunan. Mereka terdiri daripada muka-muka lama yang telah bersara daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan juga pengadil veteran yang sengaja tidak mahu mendaftar dengan KFA.

Termasuk juga dalam kumpulan ini pengadil muda yang baru mahu berjinak-jinak dalam lapangan ini.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati para pengadil yang berdaftar dengan Lembaga Pengadil KFA dan pengadil-pengadil FAM yang sah kerana pengadil haram ini sewenang-wenangnya dilantik mengadili perlawanan di padang rasmi KFA sendiri seperti di Stadium Darulaman dengan dipasangkan lampu limpah.

Natijahnya, Jawatankuasa Pengadil KFA dipersalahkan dan ada yang mendesak ia dibubarkan sahaja kerana gagal menangani masalah ini.

Semua pihak patut melihat perkara ini dan bersama-sama memperbaiki sistem pelantikan pengadil. Pihak penganjur perlawanan amat patut diperingatkan agar menghubungi Jawatankuasa Pengadil KFA bagi mendapatkan khidmat pengadil.

Syarat pendaftaran pengadil juga perlu dilonggarkan. Jangan tertumpu kepada mereka yang lulus peperiksaan peringkat FAM dan lepas ujian kecergasan tahunan sahaja.

Buka juga kepada mereka yang gagal, tidak mengikuti kelas serta para pengadil veteran dan yang bersara di peringkat FAM sama ada bekas pengadil kebangsaan atau FIFA.

Individu yang bersara dan veteran ini patut disenaraikan juga kerana mereka boleh membantu memberi tunjuk ajar serta motivasi kepada pengadil muda.

MADISYAK
Yan, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya