Adakah Pandelela ‘minta tolong’? - Utusan Malaysia

Adakah Pandelela ‘minta tolong’?

KERAJAAN perlu memastikan sukan di negara ini bebas sepenuhnya daripada insiden gangguan seksual.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini tular tentang kisah pelajar, Ain Husniza Saiful yang meluahkan kekecewaannya apabila seorang guru pendidikan jasmani di sekolahnya membuat lawak lucah di dalam kelas.

Insiden itu menarik perhatian warganet. Malah, penerjun negara yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam satu acara Piala Dunia Terjun FINA, Pandelela Rinong menitipkan pesanan buat Ain supaya berhati-hati dengan persekitarannya kerana risau akan disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam ciapan di Twitter, Pandelela menyatakan: “Sama ketika saya cuba #makesportsasaferplace (jadikan sukan tempat yang selamat), saya digelar ‘diva’ dengan merujuk maksud berbeza.”

Kenyataan Pandelela harus diambil serius memandangkan telah terjadi gangguan seksual dan kes rogol dalam kalangan atlet sebelum ini. Adakah ini secara tidak langsung satu panggilan kecemasan a cry for help daripadanya?

Saya mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan mengambil isu ini secara serius memandangkan sebelum ini beberapa kali insiden gangguan seksual dan rogol berlaku dalam kalangan atlet.

Kita tidak akan lupa tular tentang kisah rogol di perkampungan sukan ketika Sukan Malaysia (Sukma) pada 2013. Tidak lupa juga tentang dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang atlet terjun negara pada 2017.

Saya percaya ramai atlet takut untuk bersuara kerana bimbang masa depan mereka dalam sukan akan terjejas.

YUSLAINI AZMI
Ketua Wanita Muda AMK Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.