Lain kerajaan, lain cara pentadbirannya - Utusan Malaysia

Lain kerajaan, lain cara pentadbirannya

TINDAKAN degil peniaga akan mendorong kerajaan mengeluarkan lesen import (AP), sekali gus akan mewujudkan lambakan ayam di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHNIAH kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang akan mengeluarkan permit import (AP) bagi membawa masuk bekalan ayam segar ke negara ini.

Tindakan pantas yang dilakukan hari ini berbeza dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri daripada kerajaan terdahulu.

Masih teringat kata-kata seorang menteri suatu ketika dahulu: “Jika daging lembu dan ayam mahal, jangan makan daging lembu dan ayam.” Pada ketika itu juga menteri menyatakan harga runcit ayam dan daging lembu masih terkawal.

Untuk pengetahuan, orang ramai mahu harga barangan pasar tidak dinaikkan semasa bulan Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan hari ini dilihat berkaliber kerana mampu menentukan harga, bukannya pemborong yang menetapkan harga jualan runcit.

Justeru, peniaga diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam kerana mereka bakal mempunyai saingan iaitu daging ayam import sekali gus boleh menjejaskan pendapatan mereka

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya