KWAN pernah diusik pada 1998, 2008 - Utusan Malaysia

KWAN pernah diusik pada 1998, 2008

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Merujuk kepada artikel Beli vaksin boleh guna KWAN? tulisan Datuk Salleh Buang pada 27 April 2021, kerajaan telah meluluskan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 yang kini telah diwartakan.

Di bawah ordinan baharu ini, Seksyen 6 sedia ada telah dipinda, yang mana hasilnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini ada kuasa menggunakan wang dalam tabung amanah negara untuk membeli vaksin Covid-19 dan berbelanja berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Ordinan yang baharu ini menyusul Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021, berkuat kuasa pada 31 Mac lalu yang memberi kuasa kepada perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

Tindakan itu sekali gus dikatakan memberi kebimbangan sehingga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut bersuara ekoran kerajaan mahu menggunakan wang tersebut untuk berbelanja bagi memperoleh vaksin Covid-19, sedangkan ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), tabung amanah itu tidak pernah dicuit serta menganggap usaha sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba mengelakkan pemeriksaan Parlimen.

Pun begitu, Kementerian Kewangan menafikan penulisan Salleh yang menyangkal kerajaan tidak pernah usik dana dalam tabung itu walaupun negara dalam kesusahan sewaktu krisis kewangan Asia pada 1998 dan krisis kewangan global 2008.

Kementerian pada masa sama mendedahkan sejumlah RM42 juta daripada Dana KWAN telah digunakan untuk Projek Paya lndah Wetlands pada 1998. Sehubungan itu, dakwaan Dana KWAN tidak pernah digunakan adalah tidak benar.

KEMENTERIAN KEWANGAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.