Ramai dalam kalangan kita mungkin mula mengenali karya-karya klasik dan epik sejak usia kanak-kanak. Kemungkinan besar, karya yang dibaca bukanlah edisi lengkap atau edisi asal. Sebaliknya, kita membaca versi mudah atau edisi ringkas. Misalnya, kisah-kisah Hang Tuah dan rakan-rakannya dibaca dalam bentuk buku cerita kanak-kanak. Begitu juga kisah Raja Suran, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang dan Badang. Hanya kemudian, ramai dalam kalangan kita berpeluang membaca kisah penuh dalam Sejarah Melayu…










