Pergaulan terhad punca kita dangkal - Utusan Malaysia

Pergaulan terhad punca kita dangkal

PERPADUAN antara kaum semakin renggang apabila wujud pemikiran dalam kalangan bukan Islam bahawa jika hendak membeli rumah, hendaklah dipastikan ia jauh dari masjid atau surau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANTARA punca penghalang kepada usaha memupuk perpaduan dalam kalangan belia adalah mereka kurang memahami budaya dan adat resam kaum lain.

Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan budaya kaum sendiri sahaja. Ini dapat diukur melalui kajian psikologi di mana kebanyakan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri.

Pergaulan yang terhad dengan kaum lain menyebabkan kefahaman mereka terhadap budaya dan adat resam etnik lain menjadi dangkal.

Jika kita teliti secara mendalam, terdapat perbezaan jelas antara mengetahui dan memahami. Tahu tidak semestinya faham dan faham tidak akan wujud tanpa tahu terlebih dahulu. Sebagai rakyat berbilang kaum, perlu memahami budaya dan adat resam etnik lain agar kita menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain.

Jika perkara ini berjaya diterapkan dalam pemikiran anak muda, maka hasilnya tidak lain dan tidak bukan, perpaduan kaum yang jitu. Sebagai contoh, ada orang bukan Islam tertanya-tanya, mengapa perlu azan dikumandangkan di corong-corong pembesar suara masjid dan surau sehinggakan wujud tanggapan ekstrem yang mengatakan ia adalah satu bentuk pencemaran bunyi serta mengganggu keselesaan dan ketenteraman kaum lain?

Cuba bayangkan, perasaan orang Islam apabila ada kaum lain yang mempertikaikan perkara ini?

Perpaduan antara kaum semakin renggang apabila wujud pemikiran dalam kalangan bukan Islam bahawa jika hendak membeli rumah, hendaklah dipastikan ia jauh dari masjid atau surau.

Persoalan sebegini ditimbulkan kerana ramai anak muda hanya sekadar mengetahui tetapi tidak pernah berusaha untuk memahami lebih mendalam mengapa kaum lain mengamalkan sesuatu budaya.

Justeru, dalam cadangan Model Baharu Pembangunan Belia perlu dimasukkan elemen tambahan iaitu kenegaraan dan perpaduan.

SIVANESAN TAMIL SELVAM
Felow Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya