SEJAK beberapa minggu lalu, jerebu melanda beberapa tempat di negara kita. Walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak begitu tinggi, kewaspadaan kita terhadap jerebu tidak boleh diambil ringan. Pengalaman-pengalaman lepas sangat memeritkan. Kita pernah mengisytiharkan darurat. Sekolah di beberapa negeri ditutup. Perniagaan turut terjejas kerana orang ramai tidak digalakkan berada di luar rumah. Walaupun kesannya tidaklah sehebat Covid-19, kita mesti berusaha mengurangkan risiko jerebu daripada menjadi lebih serius. Dengan cuaca panas…










