Sejak Amerika Syarikat (AS) menabalkan Joseph Robinette Biden Jr. sebagai Presiden ke-46 dalam majlis yang mendapat tumpuan seluruh dunia, ada yang memberi tumpuan kepada ucapan sulung beliau yang dilihat cuba untuk memulihkan luka yang dialami negara itu sepanjang kepimpinan Donald Trump terutama di saat-saat akhir peralihan kuasa. Tidak kurang juga yang memberi tumpuan kepada nyanyian lagu kebangsaan Star Spangled Banner versi Lady Gaga yang dilihat seolah-olah merayakan kelahiran semula AS.…










