LEBIH kurang sekitar pertengahan bulan depan, musim harumanis di Perlis akan kembali. Pastinya ramai ternanti-nanti untuk menikmati keenakan buah ikonik Perlis itu. Harumanis menjadi antara kebanggaan rakyat negeri ini kerana apa yang istimewa, ia hanya terdapat di Perlis meskipun sejak akhir-akhir ini mempelam tersebut dikatakan berbuah di negeri-negeri lain. Apa yang pasti, sifat dan rasa harumanis Perlis cukup berbeza kerana faktor tanah dan cuaca mendorong kepada penghasilan yang berkualiti di…