Syor hebat Ku Li wajar dibincang - Utusan Malaysia

Syor hebat Ku Li wajar dibincang

ORANG bukan Melayu harus berani menggugurkan identiti kaum masing-masing. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGERUSI Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) baru-baru ini mencadangkan semula idea memberikan kerakyatan Melayu kepada semua warganegara.

Beliau berkata, idea yang pernah diperjuangkan bekas Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Burhanuddin al-Helmy itu perlu dihidupkan semula bagi mengelak pertikaian antara kaum yang berlaku sekarang.

Tengku Razaleigh juga memberikan contoh Indonesia, hanya menggunakan satu nama kerakyatan sebagai identiti kebangsaan yang tidak mengira kaum.

Bagi saya, cadangan itu memang hebat dan wajar dibincang jika kita hendak menguburkan masalah perkauman yang nampaknya semakin menebal walaupun negara kita sudah merdeka lebih 60 tahun.

Bagaimanapun saya berpendapat, pihak yang akan memberikan tentangan paling hebat ialah UMNO sendiri kerana langkah itu akan mengancam identiti parti berkenaan yang berasaskan kaum dan agama.

Dalam pada itu, idea berkenaan diusulkan sebelum Malaysia wujud dan nama negara pada masa itu ialah Tanah Melayu atau Malaya. Maka, identiti kerakyatan memang sesuai Melayu atau Malaya.

Sebab itu, ada pihak yang mengulas cadangan Tengku Razaleigh itu mahu digunakan istilah kerakyatan Malaysia kerana lebih sesuai berbanding Melayu atau Malaya. Contohnya, orang Cina dan India, apabila berada di luar negara, tiada masalah untuk menyatakan dengan megah mereka warga Malaysia.

Orang bukan Melayu harus berani menggugurkan identiti kaum masing-masing, manakala orang Melayu perlu bersedia menggugurkan identiti mereka sebagai bumiputera.

S. ARUTCHELVAN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya