PADA minggu lepas saudara kita di enam negeri terutama Pahang, Terengganu dan Johor diuji lagi dengan banjir besar yang memaksa lebih 25,000 orang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan sehelai sepinggang. Bayangkan harta benda yang ditinggalkan walau mereka bukan hartawan dengan kedalaman air separas bumbung. Hidup mereka pasti akan bermula dengan kosong selepas kembali ke rumah masing-masing. Tidak semuanya orang berada, sebahagian besar hanya hidup sederhana yang kais pagi…










