Mukadimah Industri perhotelan baru sahaja menarik nafas lega selepas kerajaan memperkenalkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu. Namun, sekali lagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negeri kecuali Sarawak dan proklamasi darurat dikuatkuasakan sehingga Ogos ini. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada industri perhotelan, lebih-lebih lagi selepas menanggung kerugian jutaan ringgit sejak awal penularan pandemik Covid-19 selepas pintu sempadan ditutup bagi mengekang peningkatan kes.…










