Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ingin diadakan semula bukan sahaja perlu dialu-alukan, ia juga hendaklah diperbaiki agar lebih berkesan lagi untuk memupuk patriotisme yang menyeluruh kepada setiap belia. Ini kerana cara pengendaliannya sebelum ini didapati kurang sekali dampaknya. Peserta PLKN yang berusia 18 tahun dipilih secara rawak untuk menjalaninya secara wajib ketika ia bermula untuk kali pertama pada penghujung 2003, kemudian dilaksanakan setuntasnya mulai 2004. Ia diberhentikan pada 2015…










