Peniaga berniaga secara haram - Utusan Malaysia

Peniaga berniaga secara haram

Jumlah kenderaan saji yang banyak bukan sahaja menyukarkan orang ramai untuk berurusan malah melanggar peraturan ditetapkan PBT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEHADIRAN ramai pengunjung melakukan pelbagai aktiviti menyebabkan kawasan komersial di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor dipenuhi penjaja haram menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan barangan.

Tindakan peniaga yang mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan saji atau food truck menyusahkan orang ramai yang mahu berurusan urusan petak letak kenderaan dikuasai mereka.

Di Jalan Padi Emas 1/3 BBU, hanya terdapat ruang letak kereta dan motosikal. Namun peliknya, bagaimana kenderaan saji dibenarkan berniaga tanpa ‘gangguan’ daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)?

Apa keistimewaan mereka sedangkan peniaga lain boleh sahaja berniaga di Jalan Padi Emas 1/2?

Saya sendiri pernah melihat PBT meminta peniaga berkenaan beredar tetapi mereka menyambung kembali perniagaan selepas pihak berkuasa meninggalkan kawasan tersebut.

Sepatutnya, anggota PBT yang memeriksa kupon letak kenderaan pada masa sama menjadi mata dan telinga kepada unit penguat kuasa sekiranya terdapat peniaga yang ingkar terhaadap peraturan yang ditetapkan.

JB TEGAS
Johor Bahru, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya