OLEH kerana saya Melayu, sudah tentu fokus saya menulis terhadap bangsa saya. Melayu dan tentang keperluan menyatupadukan mereka, yang saya anggap tanggungjawab wajib digalas sama ada oleh mereka yang di atas atau kita yang di bawah. Saya menjadikan sejarah sebagai landasan kepada tulisan ini kerana sejarah, biar sekecil mana pun ia, di mana dan bila pun berlakunya, adalah antara guru pengajaran kehidupan yang terbaik. Adalah perkara biasa jika manusia bersengketa…