Malaysia kekal menjadi salah sebuah negara tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara di rantau ini. PATI secara individu atau berkumpulan sanggup bergolok-gadai untuk merentas sempadan daratan dan perairan demi kelangsungan hidup di negara kita. Malaysia tidak pernah menjanjikan greener pasture (kehidupan yang lebih baik) kepada mereka. Persoalannya, adakah kemasukan PATI ke Malaysia disebabkan oleh tekanan hidup di negara asal atau berlakunya ketirisan dalam kalangan agensi kawalan sempadan…










