Berhati-hati dengan media sosial. Inilah kilang persepsi paling besar lagi berpengaruh pada abad ini. Ketika media sosial menjadi salah satu daripada ‘rukun hidup’, jangan ambil mudah dengan apa sahaja yang digumpal kemudian membesar dan membadai bagai gelombang. Perang persepsi yang paling besar tahun ini tidak lain momokan ‘kerajaan pintu belakang.’ Persepsi ini tidak ditangani dengan baik hingga sebahagian besar dalam kalangan rakyat percaya wujudnya ‘kerajaan pintu belakang.’ Padahal, proses itu…










