Jangan ambil ringan kesihatan mental - Utusan Malaysia

Jangan ambil ringan kesihatan mental

PERUBAHAN gaya hidup serta kemajuan dunia masa kini banyak menimbulkan tekanan kepada individu. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui, terdapat peningkatan ketara dalam kes penyakit mental menyebabkan seseorang mengalami kemurungan dan tekanan sehingga ada yang bertindak membunuh diri.

Ia sering dikaitkan dengan perubahan gaya hidup serta kemajuan dunia masa kini yang banyak menimbulkan tekanan kepada individu. Terbaharu, kita berhadapan dengan norma baharu sepanjang pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih belum ada titik noktahnya.

Hasil kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015 mendapati, 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental. Ini bermaksud, tiga daripada 10 individu berusia 16 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan mental. Wanita menunjukkan kadar yang sedikit tinggi berbanding lelaki.

Sebenarnya, ramai lagi yang masih keberatan untuk bercakap mengenai masalah kesihatan mental, apatah lagi mendapatkan rawatan atau berjumpa pakar psikiatri. Stigma yang mendalam terhadap rawatan psikiatri masih lagi belum dapat dihapuskan sepenuhnya dalam masyarakat kita.

Ada yang melabelkan ‘gila’ kepada golongan yang menghadapi masalah kesihatan mental sehingga mereka malu untuk menerima rawatan di peringkat awal sehingga penyakit menjadi bertambah teruk.

Ingatlah, tanggungjawab untuk mencegah penyakit mental bukan hanya terletak kepada badan atau perkhidmatan kesihatan mental tetapi juga pihak lain termasuk sekolah, universiti, badan profesional serta masyarakat seluruhnya.

DR. SAMSIAH JAYO
Pensyarah kaunseling
Universiti Malaysia Sarawak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya