MELIHAT kakak naik ke pentas dan berucap di hadapan orang ramai dalam satu program di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, membuka lembaran baharu dalam hidup saya. Itulah pengenalan pertama saya kepada pengucapan umum. Duduk di kereta sorong bayi, saya berbisik kepada ibu bahawa apabila besar nanti, saya juga akan memberi ucapan di PWTC. Ketika itu saya berusia tiga tahun. Pada 2017, saya diberi peluang untuk memberi ucapan sempena…