PRN Sarawak: Tolak dulu politik - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Tolak dulu politik

Cadangan Abang Johari Tun Openg untuk mengadakan PRN Sarawak tidak boleh diterima rakyat ketika kes Covid-19 sedang meningkat. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI tidak mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari, kini Sarawak pula mahu mengadakan pilihan raya apabila tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada tamat pada Jun tahun hadapan.

Penularan kes Covid-19 yang meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri nampaknya tidak menjadi pengajaran buat ahli politik.

Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin dengan kewibawaan kerajaan untuk menguruskan Covid-19 ketika proses pilihan raya, namun kenyataan beliau disifatkan beberapa pihak sebagai mementingkan diri sendiri, sedangkan pada masa ini barisan hadapan negara sudah letih menghadapi peningkatan kes wabak berkenaan.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan barisan hadapan turut dijangkiti virus tersebut. Kasihanlah mereka. Barisan hadapan negara juga mempunyai kehidupan sendiri dan keluarga.

Walaupun kerajaan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PRN itu nanti, tetapi yakinkah penduduk dan ahli politik boleh 100 peratus mengikut arahan?

Cukup-cukuplah politik pada masa ini. Pulihkan dahulu pandemik ini dan kemudian selepas wabak ini ‘mati’ barulah kembali berpolitik.

AFIQAH
Cheras, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya