KITA sedia maklum, Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dibentuk pada 16 September 1963. Kita juga tahu, istilah ‘Bahasa Malaysia’ bagi bahasa kebangsaan diperkenalkan secara rasmi pada 1970 sebagai tindakan proaktif susulan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Akan tetapi, nama ‘Malaysia’ sebenarnya sudah wujud jauh sebelum kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Maka, elok juga sekiranya kita cuba menambah ilmu supaya tahu lebih sedikit berbanding apa…










