KELMARIN, jurugambar Utusan Malaysia, Amir Khalid singgah di Aras 3, Menara Mara, Kuala Lumpur. Dari nada suaranya ketika menghubungi saya, dia tampak kecewa, sedih. Katanya, pemandangan Mara Digital Mall di aras itu menyedihkan. Ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak outlet ditutup. Sempat Amir bersembang dengan beberapa peniaga di situ. Antara mesej dititipkan kepada saya, lebih kurang begini: “Peniaga 1 kedai laptop: Start menyewa dari 2016 waktu mula dibuka. Perkembangan…










