Al-kisah riuh satu dunia bila Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis dalam media sosial tentang penyembelihan seorang rakyat Perancis oleh seorang pemuda Muslim kerana isu kartun Nabi Muhammad. Dari aspek ceritanya, guru Perancis itu sedang mendidik tentang kebebasan ekspresi dalam demokrasi dan menggunakan kartun majalah Charlie Hebdo yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad. Seorang pemuda Muslim telah memenggal kepala guru tersebut dan selepas itu berlaku dua lagi pembunuhan berkaitan di sebuah gereja.…










