Tuntutan Filipina tidak munasabah - Utusan Malaysia

Tuntutan Filipina tidak munasabah

SABAH berkembang maju setelah merdeka di dalam Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SABAH pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Bagaimanapun, Kesultanan Sulu telah pun dihapuskan dan tidak lagi diiktiraf sebagai entiti politik sejak 1898.

Situasi itu sama seperti Kesultanan Melaka yang roboh pada 1511, Kesultanan Pattani yang dibubarkan pada 1902 oleh Siam, Kesultanan Riau-Lingga yang dimansuhkan oleh Belanda pada 1911 ataupun Kesultanan Siak yang telah terintegrasi di dalam Indonesia pada 1945.

Kesultanan Sulu tidak memiliki status seperti kesultanan-kesultanan Melayu yang ada di Malaysia ataupun Brunei yang diiktiraf dan berdaulat.

Tidak seperti Laut China Selatan yang dituntut oleh banyak negara, kedaulatan ke atas Sabah sudah diakui milik Malaysia. Malah, Filipina dan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Anti-Penyeludupan pada 1967 yang mana Klausa 1 dan Klausa 2 perjanjian itu secara langsung dan tidak langsung mengakui Sabah milik Malaysia.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri kedua,Tun Abdul Razak Hussein dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina pada ketika itu, Narciso Ramos.

Sekiranya benar Filipina bertekad ingin menuntut Sabah, kenapa perjanjian ini dimeterai antara kedua-dua negara?

Sabah berkembang maju setelah merdeka di dalam Malaysia dan kemakmuran yang dikecapi negeri itu telah menjadikannya lubuk emas bukan sahaja untuk rakyat tempatan tetapi juga pendatang asing.

Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan Sabah ialah sebahagian daripada Malaysia. Oleh itu, tuntutan Filipina ke atas Sabah jelas tidak munasabah.

MOHD. HAZMI MOHD. RUSLI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya