Data kematian direkodkan Kementerian Kesihatan tepat

Data kematian direkodkan Kementerian Kesihatan tepat

SOLAT jenazah terhadap mangsa serangan tentera Israel di pekarangan Hospital al-Aqsa di Deir el-Balah, Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Data oleh Kementerian Kesihatan Palestin tentang jumlah kematian di Gaza pada awal peperangan tercetus Oktober lalu adalah tepat, berdasarkan badan bebas Britain, Airwars.

Jelas Pengarah Airwars, Emily Tripp, sebanyak 7,000 kematian dicatat sepanjang tempoh 17 hari pertama serangan Israel terhadap Gaza dalam 350 kejadian.

Tripp berkata, kadar kematian yang berlaku pada peringkat awal konflik adalah sangat ketara.

“Dalam setiap kejadian, lebih ramai orang mati berbanding yang kami lihat dalam mana-mana serangan lain,” katanya kepada New York Times.

Trip menyatakan, pihaknya menggunakan kaedah yang sama untuk menilai jumlah korban dari konflik di Iraq, Syria, Ukraine, Libya dan negara lain.

Pelbagai kumpulan antarabangsa dan pakar lain juga menyatakan data kementerian itu pada awalnya adalah tepat.

Pakar di Royal Holloway College, University of London, Prof. Mike Spagat yang menilai penemuan Airwars memberitahu, angka yang dilaporkan badan bebas tersebut boleh dipercayai.

Israel sering mempersoalkan angka kematian serta kecederaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN