Manfaat insentif ekonomi gig - Utusan Malaysia

Manfaat insentif ekonomi gig

Ramai belia di ibu negara perlu melakukan dua kerja untuk meraih pendapatan RM3,000 sebulan. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

EKONOMI gig merujuk kepada pekerjaan kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu yang dipacu teknologi digital seperti perkhidmatan penghantaran makanan.

Sejak beberapa tahun lalu, bilangan orang yang menyertai ekonomi gig semakin meningkat untuk mencari pendapatan sampingan atau bekerja secara sepenuh masa.

Dari segi perangkaan terkini, 26 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia terlibat dalam ekonomi gig yang bersamaan dengan empat juta pekerja.

Perkembangan ekonomi gig juga didorong oleh fleksibiliti dari segi masa bekerja, konsep pejabat untuk mereka boleh sahaja di mana-mana, kebebasan untuk memilih jenis kerja dan pendapatan juga boleh jadi lebih lumayan daripada pekerjaan tetap.

Berdasarkan Indeks Ekonomi Gig Global, Amerika Syarikat menduduki tempat pertama dengan pertumbuhan hasil sebanyak 78 peratus manakala di Asia, Filipina menduduki tempat keenam dengan pertumbuhan hasil sebanyak 35 peratus dan seterusnya India dengan 29 peratus.

Berikutan negara kita kini berada dalam proses pemulihan ekonomi setelah terjejas akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi pekerja ekonomi gig untuk memanfaatkan insentif yang telah diperuntukkan kepada mereka.

Contohnya, dalam pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), geran padanan berjumlah RM50 juta diperuntukkan untuk mencarum pekerja di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Malangnya, hanya 2,847 pekerja ekonomi gig atau 0.95 peratus yang mendaftar dengan Perkeso sehingga 11 September lalu. Ia masih jauh daripada sasaran seramai 300,000 pekerja.

SOFEA AZAHAR
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.