Pan Gon mahu Selangor lebih garang

Pan Gon mahu Selangor lebih garang

Trio Selangor FC, Faisal Halim, Chrigor Moraes dan Kim Ji-ho meraikan jaringan gol menentang kelab Vietnam, Nam Dinh FC pada perlawanan separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa dengan kelebihan jaringan tipis ke Vietnam bagi aksi separuh akhir kedua Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Nam Dinh FC pada 13 Mei ini.

Menurutnya, kemenangan 2-1 pada aksi pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) belum cukup untuk menjamin tiket ke final kerana mereka dijangka berdepan tekanan hebat di Stadium Thien Truong nanti terutama berdepan penyokong lawan.

Pan Gon berkata, Nam Dinh memiliki rekod baik di laman sendiri dan Selangor perlu tampil dengan disiplin tinggi selain mengekalkan corak permainan konsisten jika mahu menamatkan cabaran lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka sangat kuat di laman sendiri dan kita perlu bersedia sepenuhnya untuk ini. Kita akan menjadi sangat kuat dengan sistem kita.

“Ini akan menjadi satu aksi sengit. Kita jangkakan mereka akan menyerang kita, jadi kita perlu tunjukkan kita mampu beri tentangan.

“Tetapi mereka juga perlu tahu kita ada ramai penyerang yang bagus dan kita boleh menyerang mereka. Saya harap ini akan menjadi satu lagi perlawanan yang baik untuk penyokong,” katanya selepas perlawanan, kelmarin.

Pada aksi pertama, penyerang import Chrigor Moraes muncul watak penting apabila meledak dua jaringan pada minit ke-38 dan 58 untuk menghadiahkan kemenangan 2-1 buat Gergasi Merah.

Bagaimanapun, jaringan Nguyen Van Vi di penghujung separuh masa pertama memastikan wakil Vietnam itu masih memiliki peluang menjelang aksi timbal balik di gelanggang sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini