Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya baru-baru ini memaklumkan, negara kita sedang berhadapan gelombang ketiga pandemik Covid-19. Sebelum ini pada satu peringkat, kita berjaya mengurangkan kadar jangkitan virus ini ke satu angka dan melandaikan keluk jangkitan. Keadaan tersebut memberi ruang terbaik kepada Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi bertanggungjawab untuk memperkemaskan lagi gerak kerja dan kesiapsiagaan menghadapi pandemik ini. Kejayaan tersebut merupakan hasil penat lelah para petugas…