Jangan terpengaruh status orang lain di media sosial - Utusan Malaysia

Jangan terpengaruh status orang lain di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEHIDUPAN kita tidak sempurna. Ada ketika berasa bahagia atau sebaliknya. Ketika ini, ramai menzahirkan perasaan mereka melalui media sosial tidak kiralah perasaan sebenar atau sekadar fantasi.

Setiap orang pasti memiliki akaun media sosial dan mempunyai ramai kenalan di platform itu. Setiap hari wall kita dipenuhi gambar wajah gembira, pasangan bersumpah cinta abadi, pesta gila, kawan baik selamanya (BFF) mengembara, minum bersama selepas waktu pejabat dan banyak lagi.

Bagaimanapun, ramai yang menggunakan media sosial untuk membuktikan populariti dan kepentingan diri, hanya kerana dalam kehidupan nyata mereka tidak dapat melakukannya.

Apa guna berasa gembira, jika anda tidak menyiarkannya atau berkongsi cerita di media sosial, bukan?

Anda juga cuba mengukur kualiti hidup seseorang daripada gambar-gambar yang dikongsikan sedangkan kebahagiaan tidak boleh diukur. Anda hanya menilai atau membuat tanggapan.
World Happiness Report mendedahkan, betapa bahagia orang di seluruh dunia berdasarkan pelbagai faktor sosioekonomi. Walaupun menjalani kehidupan yang baik di negara terkaya, anda masih boleh tidak berasa bahagia.

Anda sebenarnya harus menghargai diri sendiri. Walaupun ada ketikanya melalui masa-masa sukar dan tidak suka di mana berada, adalah sangat penting untuk menghargai dan mengetahui siapa dan sejauh mana anda berjaya dalam hidup.

Akui pencapaian anda tidak kira sekecil mana pun dan nilai sebenar dalam diri anda.

AZIZI AHMAD
Bekas pendidik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya