Hargai jasa pembesar adat - Utusan Malaysia

Hargai jasa pembesar adat

raja-raja Melayu, pembesar-pembesar adat bersama Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu selepas majlis menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 di King’s House, Kuala Lumpur, pada 5 Ogos 1957.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh Nor Ainna Hamzah

DI sebalik pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, satu perjanjian mengenainya telah ditandatangani lebih awal iaitu pada 5 Ogos 1957. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang membolehkan Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan itu ditandatangani di King’s House, Kuala Lumpur oleh 15 pemimpin utama negara termasuk lima pembesar adat dari Negeri Sembilan iaitu Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Perjanjian berkenaan ditandatangani dalam 40 salinan iaitu 20 salinan bahasa Melayu dan 20 bahasa Inggeris. Dua salinan daripada perjanjian berkenaan dihantar kepada kerajaan British manakala dua lagi disimpan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

TERLEPAS PANDANG

Penyelidik bebas sejarah dan budaya Negeri Sembilan, Mohd. Khairil Hisham Mohd. Ashaari berkata, Undang Yang Empat pada masa itu ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Muhammad Kassim Abdul Rashid; Datuk Shahmaruddin Abdul Rahman (Undang Luak Jelebu); Datuk Abdul Manap Tolok (Undang Luak Johol) dan Datuk Ipap Abdullah (Undang Luak Rembau).
Mohd. Khairil Hisham yang juga Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Seremban memberitahu, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Idrus Tunku Syed Muhammad juga menjadi antara pembesar yang sama-sama menandatangi perjanjian berkenaan.

“Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Selain lapan raja-raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong yang juga Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Tengku Mahkota Johor dan Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, terdapat lima pembesar adat dari Negeri Sembilan.

“Ini membuktikan kedudukan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin diiktiraf oleh British sebagai pemerintah tempatan yang setaraf dengan raja-raja Melayu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rembau, Negeri Sembilan, kelmarin.

Jelasnya, kedudukan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin merupakan pemerintah luak sendiri dan kesemua pembesar adat itu memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kemerdekaan.

“Kita harus mempertahankan institusi adat bagi memastikan kelangsungan institusi diraja Negeri Sembilan. Ini kerana sistem pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dilakukan Undang Yang Empat sebaik sahaja kemangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada masa itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya