“BERHENTILAH jual sejarah, mulakan jual masa hadapan. UMNO tidak boleh lagi terperangkap dalam nostalgia.” Begitulah kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO, Sabtu lalu. Boleh dikatakan, hampir setiap pimpinan tertinggi parti tersebut mengulang-ulang perkara sama dalam ucapan mereka pada konvensyen yang berlangsung hampir 10 jam itu. Tidak dinafikan, UMNO sedar mereka tidak lagi dominan dan bukan lagi menjadi pilihan rakyat selepas tewas…










