Bantah projek mega Kampung Sim-Sim - Utusan Malaysia

Bantah projek mega Kampung Sim-Sim

KAMPUNG Sim-Sim adalah kampung Melayu bumiputera yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Sandakan, Sabah. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI, penduduk Kampung Sim-Sim berharap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dapat memberi penjelasan berhubung cadangan pembangunan projek mega di tempat kami yang sebenarnya tidak memberi manfaat.

Sehingga kini, kami masih tertanya-tanya status projek berkenaan yang pada tahun lepas pernah tular dalam media sosial mengenai satu surat sokongan oleh pemimpin tertinggi kerajaan Sabah yang menyokong syarikat swasta membinanya.

Surat itu ditujukan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah bagi kelulusan tanah seluas 299 hektar di tepi laut untuk dibina pelabuhan bagi pelancong dan kilang memproses makanan laut untuk pasaran antarabangsa.

Projek ini adalah satu bencana bagi penduduk Sandakan dan MPS sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk tidak meluluskannya kerana dikhuatiri boleh membawa banyak kesan buruk kepada alam sekitar.

Tanah tersebut sepatutnya digunakan untuk membina rumah mampu milik, memandangkan masih ramai lagi penduduk Sandakan yang berkeluarga belum memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menumpang di rumah ibu bapa masing-masing.

Projek berkenaan juga dibimbangi boleh melenyapkan Kampung Sim-Sim yang wujud sejak 1878.

Saya juga ingin tahu, adakah projek mega itu lulus Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA)?

Saya juga berharap pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menolak parti-parti yang hanya berpihak kepada syarikat swasta dan mengabaikan rakyat miskin.

DATU RUSLAN
Sandakan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.