Kluster Tawar makin memuncak - Utusan Malaysia

Kluster Tawar makin memuncak

JUMLAH kehadiran murid ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar merosot berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap Kluster Tawar. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh Zaid Mohd. Noor

PENULARAN Covid-19 bagi Kluster Tawar di empat mukim di Kulim semakin memuncak apabila kes positif dilaporkan dikesan hampir setiap hari sejak 13 Ogos lalu. Perkembangan tersebut menggusarkan kira-kira 100,000 penduduk di mukim-mukim Keladi, Padang Cina, Karangan dan Padang Meha. Selama ini, mereka hanya mengikuti berita mengenai penularan Covid-19 di kawasan-kawasan lain seperti Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Baling dan Yan, namun sekarang menular ke tempat mereka pula. Kluster Tawar juga dilaporkan merebak sehingga Pulau Pinang.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, kluster itu berpunca daripada seorang lelaki di Tawar, Baling yang menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarganya dari 13 Julai hingga 1 Ogos lalu.

 

LOCKDOWN

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di empat mukim terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kesihatan mereka daripada dijangkiti Kluster Tawar. Antara langkah yang diambil adalah melaksanakan sendiri lockdown di rumah walaupun kerajaan belum mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan. Malah, penduduk yang tinggal di Sungai Karangan dan Padang Meha, Kulim juga tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah kerana berpendapat mereka lebih terdedah kepada virus itu ketika berada di sekolah. Ini berikutan seorang guru dan dua murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Padang Meha disahkan positif dan sekolah itu diarah tutup sejak 12 Ogos lalu.

Sementara itu, kebanyakan restoran dan kedai makan turut mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan yang tidak membenarkan pelanggan makan di dalam premis sebaliknya dibungkus sahaja. Pemilik premis perniagaan juga mematuhi waktu operasi yang dibenarkan iaitu dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Dalam pada itu, Presiden Himpunan Anak Kedah Malaysia (Hakem), Mohd. Azeman Omar berkata, penduduk di Kulim mengambil pengajaran daripada mereka yang tinggal di Napoh yang mematuhi kuarantin di rumah sehingga penularan Kluster Sivagangga dapat dikawal daripada terus merebak.
Menurut beliau, pihaknya mengharapkan langkah-langkah yang diambil oleh penduduk di Kulim dapat membantu kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19 di negara ini.

PENULIS ialah Koresponden Utusan Malaysia Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya