KERJASAMA antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan terus menjadi perhatian menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), khususnya apabila timbul persoalan mengenai manfaat kerjasama tersebut kepada kedua-dua pihak. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), NABIL HALIMI, berkata PH sentiasa mengutamakan sikap bertolak ansur demi menjamin kestabilan politik negara, meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang menjalinkan kerjasama dengan BN. Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan bukan sahaja berjaya menstabilkan landskap…










