PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus bangkit daripada kecederaannya untuk merangkul kejuaraan berganda menerusi acara keirin dan pecut individu pada Piala Trek Indonesia di Jakarta. Atlet berusia 31 tahun itu diketepikan daripada perlumbaan sejak Oktober tahun lalu, membuat penampilan sulung di Piala Dunia Trek di Hong Kong, namun kayuhannya masih terbatas dan tidak melepasi pusingan awal. Pengarah teknikal berbasikal kebangsaan, John Beasley berkata, gelaran ini memberi perkembangan…










