MFL teliti platform siaran Liga Super berbayar

MFL teliti platform siaran Liga Super berbayar

Ab. Ghani Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail termasuk usul langganan berbayar untuk menyaksikan perlawanan Liga Super musim depan.

Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, Tunku Mahkota Ismail ada meninggalkan satu fail cadangan ketika menghadiri perbincangan meja bulat antara MFL dan juga kelab-kelab Liga Malaysia, kelmarin.

“Saya katakan kepada semua rakan kongsi atau kelab, okay anda bawa balik dulu teliti benda (cadangan Tunku Mahkota Ismail) ini, MFL pun akan ‘study’, maka kita akan berjumpa kembali untuk bincangkan itu saja baru kita buat keputusan atau kita buat macam mana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atau pun kita perlukan Tunku (Mahkota Ismail) hadir bersama, itu lagi baik sebab idea datang dari dia, kita tidak boleh buat keputusan tanpa kehadiran orang yang punya idea itu.

“Jadi, itu yang saya katakan kepada kelab bawa balik semua ini, saya pun tak sempat nak baca lagi. Bawa balik semua, ‘study’ tengok macam mana dan kita akan hubungi kelab untuk kepastian sebelum panggil semula untuk bincang,” kata Ab. Ghani.

Dalam perbincangan meja bulat kelmarin, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mencadang konsep kembalikan bola sepak kepada rakyat menerusi platform tontonan terus kepada peminat.

Menerusi cadangan berkenaan, MFL selaku penganjur perlu mewujudkan platform terus kepada pengguna yang mana penyokong melanggan untuk menonton bola sepak Malaysia dengan hasil kembali ke dalam liga dan kelab.

Seandainya sasaran langganan mencapai apa yang diharapkan, kelab berpotensi untuk meraih pendapatan antara RM7 juta hingga RM10 juta setahun, sekali gus dapat membantu meringankan perbelanjaan pasukan.

Selain cadangan itu, Tunku Mahkota Ismail turut menyelar tindakan kelab Liga Malaysia yang menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL semata-mata apabila berdepan masalah kewangan.

“Kita semua perlu lihat asas iaitu empat masalah utama dalam bola sepak Malaysia dahulu. Pertama kita tiada pembangunan akar umbi yang kompetitif, kedua saya pernah suarakan pada 2018 iaitu pengadil profesional. Ketiga, penaja dan akhir sekali adalah disiplin mengurus kewangan.

“Apabila ada isu kewangan ada pihak mula buat salah satu benda tidak bertanggungjawab, salahkan FAM dan MFL sedangkan yang mengurus kewangan adalah kelab masing-masing,” titah baginda.

Mengulas lanjut, Ab. Ghani berkata, keputusan mengenai segala usul yang dibawa termasuk perubahan-perubahan yang bakal berlaku dalam saingan Liga Super akan dibuat dalam tempoh sebulan atau dua bulan sebelum musim baharu bermula.

“Sebulan atau dua bulan sebelum liga bermula kena ada keputusan terhadap cadangan-cadangan yang telah dikemukakan,” jelas Ab. Ghani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini