Wakil Trump cadang Itali ganti Iran di Piala Dunia 2026

Wakil Trump cadang Itali ganti Iran di Piala Dunia 2026

- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Utusan khas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menggesa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mempertimbangkan kemasukan Itali bagi menggantikan Iran di saingan Piala Dunia FIFA 2026.

Cadangan itu dikemukakan oleh Paolo Zampolli yang melihat langkah tersebut bukan sekadar berkaitan sukan, malah berpotensi menjadi pemangkin hubungan diplomatik antara Trump dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Zampolli yang dilahirkan di Milan menegaskan Itali wajar dipertimbangkan berdasarkan rekod cemerlang mereka sebagai juara dunia sebanyak empat kali, sekali gus menjadikan pasukan itu antara gergasi tradisi bola sepak global.

“Bola sepak bukan sekadar permainan, ia juga platform menyatukan negara. Itali memiliki sejarah hebat dan kehadiran mereka akan meningkatkan prestij kejohanan,” menurut sumber.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang maklum balas rasmi daripada Rumah Putih, FIFA, Persekutuan Bola Sepak Itali mahupun Persekutuan Bola Sepak Iran berhubung perkara itu.

Sebagai rekod, Itali sebelum ini gagal melayakkan diri ke Piala Dunia selepas tewas kepada Bosnia dan Herzegovina menerusi penentuan penalti dalam aksi play-off kelayakan, sekali gus memanjangkan kemarau mereka di pentas terbesar dunia itu.

Dalam perkembangan sama, Iran dilaporkan tetap bersedia menyertai kejohanan berkenaan, namun masih menunggu keputusan FIFA berhubung cadangan memindahkan perlawanan mereka dari Amerika Syarikat ke Mexico atas faktor tertentu.

Situasi tersebut mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan perubahan luar biasa terhadap penyertaan pasukan dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×