KONSEP ‘Sastera Kebangsaan’ yang dirumus pada Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Universiti Malaya pada 1971 menuntut lebih daripada sekadar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai wahana pengucapan. Sebagaimana dihuraikan secara terperinci dalam buku, Kavya Sastra (2021), sastera kebangsaan menuntut keberanian dan kejujuran penulis pelbagai kaum membawa bersama identiti budaya masing-masing untuk disajikan secara jujur dalam karya bahasa kebangsaan. Dalam konteks ini, cerpen-cerpen yang tersiar di portal Sastera Kavyan memperlihatkan perkembangan signifikan dan menggembirakan…










