Menang baki perlawanan jika mahu juara

Menang baki perlawanan jika mahu juara

Pemain tengah Arsenal, Eberechi Eze meraikan jaringan gol menentang Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tengah Arsenal, Declan Rice tidak menafikan bahawa jumlah jaringan adalah penting tetapi perkara utama adalah pasukannya berjaya mencatat kemenangan.

Kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United, semalam membolehkan The Gunners kembali berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Rice menegaskan bahawa kekalahan kepada Manchester City minggu lalu menjadi titik kebangkitan buat Arsenal untuk mengharungi baki saingan musim dengan memburu kemenangan.

“Saya rasa kami sudah katakan selepas minggu lalu bahawa kami perlu menang lima perlawanan jika mahu menjuarai liga.

“Kini satu sudah selesai dan masih berbaki empat lagi. Yang penting adalah menang walau dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Arsenal sebelum ini dilihat berada dalam zon selesa untuk bergelar juara EPL musim ini selepas kali terakhir menjulang trofi itu pada tahun 2004 namun kelebihan sembilan mata yang dimiliki semakin terhakis, terutama selepas kekalahan 1-2 kepada City yang kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak Oktober.

Kemenangan ke atas Newcastle tidak diperolehi dengan mudah namun jaringan awal Eberechi Eze pada minit kesembilan sudah memadai untuk menghadiahkan tiga mata berharga, sekali gus mengembalikan Arsenal ke puncak liga dengan kelebihan tiga mata, meskipun City masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Skuad kendalian Mikel Arteta perlu memastikan tidak tercicir mata apabila bakal berdepan Fulham dan Burnley di laman sendiri, selain kunjungan ke gelanggang West Ham United serta Crystal Palace,

Keletihan jelas terpancar pada wajah pemain Arsenal selepas beraksi lebih 90 minit, namun kapten pasukan, Martin Odegaard, menegaskan mereka tidak akan mengendurkan rentak dalam misi memburu kejuaraan.

“Jadual ini memang mencabar. Kami hanya perlu teruskan. Ini penghujung musim, keluarkan segala yang ada dalam diri, berjuang dalam setiap perlawanan dan kekalkan momentum.

“Itulah kedudukan yang kami mahukan, tetapi ia akan berlarutan hingga ke penghujung. Kami sudah bersedia dan akan terus berjuang setiap hari,” ujarnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN