Tze Yong hampir pasti terlepas Piala Thomas

Tze Yong hampir pasti terlepas Piala Thomas

Ng Tze Yong mengalami kecederaan lutut ketika menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long pada Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong hampir pasti terlepas peluang beraksi di Piala Thomas apabila masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut kanan sejak tahun lalu

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei yang menjelaskan keadaan semasa Tze Yong tidak mengizinkan untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.

Menurut beliau, BAM tidak mahu mengambil risiko memandangkan pemain berusia 26 tahun itu masih dalam proses pemulihan.

“Saya tidak fikir Tze Yong akan disenaraikan kerana dia masih belum pulih daripada kecederaan dialami dan Kenneth Jonassen akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara ini,” kata Chong Wei.

Tze Yong sebelum ini terpaksa berehat panjang hampir 10 bulan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika beraksi di Malaysia Masters, Mei tahun lalu.

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu kemudian menjalani pembedahan di Hospital Aspetar, Doha sebelum kembali ke gelanggang pada Januari lalu meskipun belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.

Dalam perkembangan sama, BAM dijangka menyenaraikan empat pemain perseorangan dan enam pemain beregu bagi menggalas cabaran memburu kejuaraan Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada 1992.

Setakat ini, dua slot perseorangan hampir pasti menjadi milik Lee Zii Jia dan Aidil Sholeh Ali Sadikin, manakala dua lagi dijangka diisi Leong Jun Hao serta Justin Hoh.

“Kita mungkin akan membawa empat pemain perseorangan dengan bakinya diisi pemain beregu, namun senarai nama belum dimuktamadkan kerana kita mahukan pasukan yang kuat dan stabil,” kata Chong Wei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×